WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 6: " USAHAWAN MUDA, MINDA LUAR BIASA"

TRONOH, PERAK, 12 OKTOBER 2026 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Webinar Keusahawanan @APBMBG Siri 6 bertajuk “Usahawan Muda, Minda Luar Biasa” secara dalam talian menerusi platform Zoom Meeting dan Facebook Live APBM.

Webinar ini bertujuan membentuk minda belia yang positif, kreatif dan berdaya saing di samping memupuk disiplin, integriti serta sikap bertanggungjawab dalam keusahawanan. Program ini turut meningkatkan kesedaran tentang penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi meneroka peluang perniagaan serta menggalakkan belia menterjemahkan idea kepada tindakan yang berimpak.

Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Abd Razzif bin Abd Razak, Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang menekankan kepentingan pemikiran luar biasa, disiplin, keberanian mencuba, integriti dan penggunaan teknologi dalam membina potensi keusahawanan belia.

APBM Batu Gajah merakamkan penghargaan kepada penceramah dan semua peserta atas komitmen serta penyertaan yang diberikan. APBM Batu Gajah akan terus komited memperkasa potensi belia melalui pelaksanaan program keusahawanan yang berimpak dan memberi nilai tambah kepada komuniti.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search