- APBM Batu Gajah
- Hits: 93
PROGRAM IHYA RAMADAN 2025 “GOTONG- ROYONG BUBUR LAMBUK”
- APBM Batu Gajah
- Hits: 93
TRONOH, PERAK, 24 MAC 2025 – Kelab Keluarga dan Rekreasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Program Ihya Ramadan 2025 iaitu memasak Bubur Lambuk di perkarangan garaj kenderaan APBM Batu Gajah.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi ini dengan aktiviti ‘rewang’ melibatkan penyertaan kakitangan APBM Batu Gajah dan pekerja pembersihan. Kemudian aktiviti mengacau bubur lambuk diteruskan serta disusuli dengan pengagihan bubur lambuk untuk warga kerja APBM Batu Gajah dan pengunjung Pasaraya Billion Seri Iskandar serta Petronas Batu Gajah.
Program ini adalah salah satu daripada pengisian Bulan Ramadan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk kerjasama yang erat serta semangat bermuafakat. Selain meraikan kesyukuran, ia juga menerapkan nilai suka memberi dan penghayatan puasa, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Ihya Ramadhan 2025.