- APBM Batu Gajah
- Hits: 207
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH KALI KEEMPAT TAHUN 2024

TRONOH, PERAK, 30 SEPTEMBER 2024 - Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Keempat Tahun 2024 yang disertai oleh semua pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah.
Majlis yang dianjurkan secara berkala ini menjadi platform bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan amanat-amanat daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menyusul selepas itu adalah majlis maraikan sambutan hari lahir serta penyampaian sijil kepada pekerja terbaik (bulanan) yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang bagi bulan Ogos dan September 2024.
Majlis ini juga turut diselitkan dengan ceramah yang bertajuk “Klik Dengan Bijak" yang disampaikan oleh En. Muhammad Zulhilmi Bin Zolkifly, Penolong Pengarah Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Negeri Perak. Objektifnya adalah untuk memberikan maklumat dan pendedahan serta mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Dalam pada itu, Kuiz MyCyberGenius turut dijalankan pada sesi akhir perkongsian tersebut bagi menguji tahap pemahaman dan kesedaran pegawai dan kakitangan APBM Batu Gajah.
Turut hadir dalam Perhimpunan Bulanan Kali Keempat Tahun 2024 ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 207












