PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENGGUNAAN AI, CANVA & LAMAN WEB DALAM PENGEMBANGAN PERNIAGAAN SIRI 1/2025

KEPALA BATAS, PULAU PINANG, 23 MEI 2025 - Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak sekali lagi menganjurkan Kursus Penggunaan AI, Canva & Laman Web Dalam Pengembangan Perniagaan Siri 1/2025 bermula pada 21 - 23 Mei 2025 bertempat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk mempelajari dan memberi kefahaman tentang platform-platform digital seperti mencipta laman web dan penggunaan teknologi AI serta Canva untuk menghasilkan gambar atau poster yang menarik bagi mempromosikan serta meningkatkan potensi perniagaan. Selain itu, menjadikan keusahawanan digital sebagai trend perniagaan masa kini selaras dengan kemajuan teknologi dan era digitalisasi seterusnya menyemarakkan lagi dunia keusahawanan. Tenaga pengajar bagi Kursus Penggunaan AI, Canva & Laman Web Dalam Pengembangan Perniagaan Siri 1/2025 adalah En Lukman Bin Hasan Husin Basri@Ibnu Basri.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Terima kasih kerana telah menjayakan kursus ini. Selamat maju jaya. Anda semua terbaik dan jumpa lagi.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search