- APBM Batu Gajah
- Hits: 161
PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN BELIA SEMPENA PERKASA (PERAK ENTERPRENEURSHIP SCHOLAR ADVANCEMENT) 2024


TRONOH, PERAK, 13 NOVEMBER 2024 – Program Pemantapan Usahawan Belia sempena Program PERKASA 2024 telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama strategik Kementerian Pengajian Tinggi, 'Malaysia Academy of SMEs and Development' (MASMED) Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak telah dilaksanakan pada 11-13 November 2024.
Program PERKASA 2024 merupakan program bimbingan dan latihan khusus untuk membantu mahasiswa IPT/IPTS dan belia Perak. Pengisian program adalah Kerjaya Sebagai Usahawan: Baik atau Buruk, Taklimat dan Pendaftaran SSM, Business Model Canvas (BMC), Perkongsian Agensi (MARA), Komunikasi Kejayaan Perniagaan, Perkongsian Agensi (TEKUN), Modul Pemantapan Perniagaan (Operasi), Perkongsian Agensi STeP dan INSKEN serta Mantapkan Komunikasi. Pertandingan Sukan seperti Futsal, Bola Tampar dan Bola Jaring juga turut berlangsung.
Modul seterusnya adalah Kewangan Perniagaan dan Perkongsian Bersama Selebriti bersama Hatta Dolmat. Modul terakhir adalah Sesi Biztalk bersama APBMBG disampaikan oleh Pn. Naziah Pir Khan merupakan Industri Coach & Trainer dengan topik Dari Impian Ke Realiti : Langkah Mewujudkan Perniagaan Anda. Di samping itu, booth-booth pameran juga telah dibuka.
Majlis Perasmian Penutup Program Bengkel Pemantapan Perniagaan Perkasa 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Turut hadir adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah APBM Batu Gajah serta En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 161










