TAKWIM PROGRAM KEUSAHAWANAN APBM BATU GAJAH JULAI 2025 TARIK MINAT BELIA SERTAI DUNIA USAHAWAN

TRONOH, PERAK, 23 JUN 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah terus komited memperkasa generasi muda melalui pelbagai inisiatif keusahawanan. Sepanjang bulan Julai ini, APBM Batu Gajah telah merangka dan menawarkan pelbagai program dan kursus bermanfaat khusus untuk golongan belia di seluruh negara.

Program-program yang dirancang bukan sahaja bersifat praktikal dan menjurus kepada keperluan semasa pasaran, malah turut memberi pendedahan secara langsung kepada bidang keusahawanan moden. Antara fokus utama adalah penglibatan belia dalam bidang keusahawanan makanan, digital, dan pembangunan kemahiran yang selari dengan permintaan industri.

Pihak APBM Batu Gajah mengalu-alukan penyertaan para belia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun untuk mendaftar segera dan mengambil bahagian dalam program yang disediakan. Peluang ini merupakan satu langkah awal yang penting bagi membina kerjaya, meningkatkan kemahiran dan memperluas jaringan keusahawanan dari peringkat akar umbi.

"Ayuh rebut peluang keemasan ini sebelum penyertaan ditutup!".Untuk maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, belia-belia serta orang ramai disarankan untuk terus mengikuti saluran rasmi APBM Batu Gajah serta menghubungi pegawai bertanggungjawab yang disenaraikan dalam takwim program.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search