- APBM Batu Gajah
- Hits: 67
SELAMAT DATANG PEMBANTU TADBIR BAHARU AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 67
TRONOH, PERAK, 3 JULAI 2025 – APBM Batu Gajah dengan sukacitanya menyambut kehadiran Pembantu Tadbir yang baharu, Puan Nor Mardziyah binti Yahya, yang kini memulakan perkhidmatan rasmi beliau di institusi ini. Beliau menggantikan Puan Zaimah binti Abdul Hamid, yang telah ditukarkan ke Taman Seri Puteri, Batu Gajah setelah menamatkan tempoh perkhidmatan yang cemerlang di APBM Batu Gajah.
Puan Nor Mardziyah mempunyai pengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam, dengan rekod perkhidmatan selama 16 tahun. Sebelum ini, beliau bertugas di Cawangan Pengurusan dan Logistik, Akademi Bomba Wilayah Utara Tronoh di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perpindahan beliau ke APBM Batu Gajah diharap dapat memberikan suntikan semangat baharu serta menyokong kelancaran pelaksanaan program dan perancangan organisasi.
Seluruh warga kerja APBM Batu Gajah merakamkan ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Puan Nor Mardziyah serta penghargaan dan terima kasih kepada Puan Zaimah atas segala sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sini. Semoga kedua-duanya terus cemerlang dalam kerjaya masing-masing.