KURSUS I-SKILL TVET SIRI 2 (FACIAL & ASAS SOLEKAN) LONJAKKAN MINAT BELIA KE ARAH KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN

BATU GAJAH, PERAK, 19 JUN 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah terus komited memperkasa golongan belia dalam bidang kemahiran dengan penganjuran Kursus I-Skill TVET Siri 2: Facial & Asas Solekan yang berlangsung di Taman Seri Puteri, Batu Gajah.

Kursus ini dianjurkan oleh Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi APBM Batu Gajah, yang turut membuka tirai dengan taklimat dan pengenalan kursus oleh Puan Ernie binti Zulkifli, Ketua Cawangan tersebut. Program latihan ini dirangka khas bagi memberi pendedahan menyeluruh dalam bidang urutan seri wajah dan asas solekan, yang kini semakin mendapat tempat dalam dunia keusahawanan moden.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan modul teori asas "facial" dan solekan, refleksi aktiviti, demonstrasi serta latihan amali, yang dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional, Coach Annis Syafiqa binti Anuar dari Aura Seri Spa & Boutique Teluk Intan, Perak. Pendekatan praktikal dan interaktif ini membolehkan peserta memahami teknik yang betul serta berpeluang mempraktikkan sendiri kemahiran yang dipelajari.

Objektif utama kursus adalah untuk memupuk pengetahuan asas dalam bidang facial dan solekan, di samping menggalakkan peserta memanfaatkan kemahiran ini ke arah pembangunan kerjaya dan peluang keusahawanan yang berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, yang turut menyatakan harapan agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dalam mendepani cabaran dunia keusahawanan hari ini.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search