PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH BIL. 2/2025

TRONOH, PERAK, 18 Jun 2025 – APBM Batu Gajah meneruskan komitmennya dalam memperkasa warga kerja melalui penganjuran Perhimpunan Bulanan Bilangan 2/2025 yang berlangsung di Auditorium APBM Batu Gajah, Perak.

Program yang dianjurkan oleh Cawangan Penyelarasan Data dan Promosi ini menghimpunkan seluruh kakitangan APBM dalam satu majlis bulanan yang bertujuan untuk memperkukuh komunikasi dalaman serta menyampaikan amanat semasa daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Perhimpunan ini turut menjadi medium penghargaan kepada warga kerja yang cemerlang apabila majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Mac, April dan Mei. Sambutan ulang tahun kelahiran kakitangan turut diraikan, sekaligus mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Majlis ini turut diserikan dengan slot ceramah ilmiah yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja terhadap aspek pengurusan kewangan penjawat awam. Ceramah pertama bertajuk “Tatacara Pengurusan Wang serta Had dan Had Tuntutan Rasmi bagi Penjawat Awam” telah disampaikan oleh Encik Mohd Redzuan bin Shahidan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak. Manakala sesi ceramah kedua pula bertajuk “Literasi Kewangan Penjawat Awam” telah disampaikan oleh Pn. Awfa bt Abdul Gafar, Jabatan Insolvensi Negeri Perak.

Kedua-dua sesi ceramah ini berjaya memberi pencerahan kepada kakitangan APBM Batu Gajah mengenai kepentingan mengurus kewangan dengan berhemah serta memahami garis panduan perbelanjaan rasmi dalam sektor awam.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search