- APBM Batu Gajah
- Hits: 131
SIMPOSIUM DAN MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI PERTAMA TAHUN 2024 (PROGRAM KERJA BELIA DALAM PEMBANGUNAN)

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 12 NOVEMBER 2024 – Simposium Dan Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Pertama Tahun 2024 telah diadakan pada 11-12 November 2024 bertempat di Sky Ballroom, Palm Seremban Hotel.
Simposium dan Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia ini merupakan medan percambahan fikiran secara ilmiah dan akademik dalam menggarap idea mengenai hala tuju kerja belia yang profesional disamping memberikan pengiktirafan kepada pengamal kerja belia. Antara yang menerima Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia 2024 adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah serta Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
Seluruh warga APBM Batu Gajah mengucapkan tahniah di atas pentauliahan tersebut. Semoga menjadi pencetus dan pemangkin dalam memacu pembangunan kerjaya yang lebih cemerlang seterusnya memperkasakan belia, masyarakat serta negara. Tahniah sekali lagi.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 131










