- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA 2025 – NASRUDDIN BIN OTHMAN, USAHAWAN MUDA SERBA BOLEH DARI KUALA KETIL
- APBM Batu Gajah
- Hits: 105
KUALA KETIL, KEDAH, 24 JULAI 2025 – Sempena program Usahawan Belia Niaga 2025, satu lawatan telah diadakan ke premis perniagaan milik Nasruddin bin Othman, seorang usahawan belia yang berjaya mengembangkan pelbagai cabang perniagaan berasaskan makanan dan penternakan sejak tahun 2020.
Bertempat di alamat perniagaan beliau di 1, Kampung Tanjung Puteri, 09300 Kuala Ketil, Kedah, lawatan ini memberi peluang kepada para peserta dan pegawai pengiring untuk melihat dengan lebih dekat operasi perniagaan merangkumi restoran, penternakan lembu serta pengeluaran produk makanan berjenama sendiri.
Antara produk dan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Nasruddin termasuk restoran yang menyajikan pelbagai menu tempatan dan barat seperti nasi lemuni, nasi ayam gepuk, kambing danok, chicken chop dan lain-lain.
Penternakan lembu, khusus untuk jualan lembu hidup; serta produk makanan berasaskan tepung serbaguna di bawah jenama DIN"O", yang sesuai untuk pelbagai jenis gorengan seperti ayam, udang, sotong dan chicken chop.
Selain menjalankan jualan secara fizikal di sekitar Kuala Ketil, Baling dan kawasan berhampiran, beliau turut mengembangkan pasaran melalui platform jualan dalam talian ke seluruh Malaysia. Keupayaan beliau dalam memanfaatkan media sosial turut menjadi kekuatan utama dalam mempromosikan produk dan jenama beliau kepada pasaran yang lebih luas. Platform media sosial rasmi beliau adalah seperti berikut: Facebook: Nasruddin bin Othman manakala Instagram & TikTok: @lemunilaziz.
Usahawan muda ini menjadi contoh inspirasi kepada golongan belia dalam mengurus dan membangunkan perniagaan secara mampan dan berdaya saing, seiring dengan matlamat untuk melahirkan usahawan belia yang progresif dan berdaya tahan di bawah inisiatif pembangunan keusahawanan belia negara.
