- APBM Batu Gajah
- Hits: 157
MAJLIS AMANAT DAN PERJUMPAAN RASMI BERSAMA YBRS. KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) BERSAMA PEGAWAI PERKHIDMATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

TRONOH, PERAK, 23 DISEMBER 2024 – Ketua Pengarah JBSN YBrs. Puan Azura binti Abidin telah menerajui Majlis Amanat dan Perjumpaan Rasmi Bersama Pegawai Perkhidmatan Belia Dan Sukan Negeri Perak yang diadakan bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah. Kunjungan beliau ini adalah merupakan tinjauan dan lawatan kerja rasmi di negeri Perak.
Antara yang menghadiri majlis ini adalah pegawai-pegawai dari Istitut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI), Kader Politeknik dan Kolej Komonuti Negeri Perak, Pegawai JBS Perak, Institut Latihan Perindustrian Ipoh dan juga APBM Batu Gajah. YBrs. Puan Azura binti Abidin meluangkan masa dengan sesi dialog dua hala bagi bertukar pandangan, idea dan pendapat serta pertanyaan dari warga kerja Jabatan.
Selain itu, beliau juga turut menyampaikan amanat-amanat dan hasrat yang penting kepada seluruh warga kerja Jabatan ini agar sentiasa bersedia bersama-samanya memainkan peranan serta berganding bahu untuk melaksanakan perubahan demi mencapai kecemerlangan kepada Jabatan seterusnya JBSN secara amnya.
Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 157










