MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 3/2025 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH

TRONOH, PERAK, 15 JULAI 2025 – Bahagian Pengurusan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 3 Tahun 2025 bertempat di Bilik Gerakan APBM Batu Gajah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, serta dihadiri oleh barisan pegawai dan kakitangan akademi.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pengurusan dan operasi akademi. Antara intipati yang dibentangkan termasuk laporan daripada pelbagai jawatankuasa dalaman seperti, Pentadbiran dan Kewangan, Jawatankuasa Dewan Makan dan Kafeteria, Jawatankuasa Kebersihan, Jawatankuasa ICT, Jawatankuasa Pameran dan Promosi, Jawatankuasa Sukan dan Khidmat Komuniti, Jawatankuasa Kuarters, Jawatankuasa Kemudahan dan Asrama, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Pengurusan Aset serta Laporan Bahagian Latihan.

Dalam ucapan penutupnya, Tuan Pengarah menegaskan kepentingan setiap pegawai dan kakitangan untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti dan semangat kerjasama demi memastikan kelangsungan dan kecemerlangan APBM Batu Gajah sebagai pusat pembangunan belia yang unggul.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search