- APBM Batu Gajah
- Hits: 84
MESYUARAT JKPAK DAN JPKA BIL. 2/2025 AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH
- APBM Batu Gajah
- Hits: 84
TRONOH, PERAK, 15 JUN 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil. 2/2025 bertempat di Bilik Mesyuarat APBM.
Mesyuarat yang diadakan bagi Suku Tahun Kedua 2025 ini memberi fokus kepada beberapa perkara penting melibatkan pengurusan tadbir urus aset dan kewangan di peringkat institusi. Antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat JKPAK termasuklah aspek Pengurusan Aset Alih, Pengurusan Stor, Perancangan, Penyelenggaraan serta Pelupusan Aset dan Stok.
Sementara itu, Mesyuarat JPKA pula memberi tumpuan kepada Laporan Prestasi Perbelanjaan sehingga 30 Jun 2025, Pengurusan Pungutan dan Hasil, serta perkara berkaitan Perolehan dalam memastikan pengurusan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai serta ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat dalam urusan pentadbiran dan pengurusan APBM Batu Gajah.
Pelaksanaan mesyuarat secara sukuan tahun ini selaras dengan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dalam memperkasa tadbir urus organisasi ke arah kecemerlangan pengurusan aset dan kewangan sektor awam.