JASAMU TETAP DIKENANG: EN. MOHD NAZRI BIN MUSTAFA DIRAIKAN ATAS KHIDMAT BAKTI SELAMA 30 TAHUN

TRONOH, PERAK, 22 JULAI 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah hari ini merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Nazri bin Mustafa atas sumbangan cemerlang dan dedikasi beliau sepanjang 30 tahun perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan awam.

En. Mohd Nazri memulakan khidmatnya sebagai lantikan pertama di Institut Keusahawanan Belia Negara, Ipoh pada 3 Januari 1995 dan disahkan dalam jawatan pada 3 Januari 1998. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan, termasuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2001 dan 2004.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat pada 2 Januari 2010 setelah berkhidmat di APBM Batu Gajah, yang dahulunya dikenali sebagai Institut Keusahawanan Belia Negara. Atas jasa dan komitmennya, beliau turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Rekod perkhidmatan beliau turut menyerlah melalui penerimaan Anugerah Khas Sifar Cuti Sakit bagi dua tahun berturut-turut (2021 dan 2022), serta Anugerah Khas Pekerja Terbaik pada bulan Julai 2023, Mac 2024 dan Disember 2024. Paling terkini, beliau sekali lagi dinobatkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2024.

Bagi mengenang jasa dan bakti beliau, Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, telah menyampaikan cenderahati sebagai simbol penghargaan daripada seluruh warga institusi.

Seluruh warga kerja APBM Batu Gajah mendoakan agar En. Mohd Nazri dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan serta kebahagiaan dalam menjalani fasa kehidupan baharu. Jasanya akan terus terpahat dalam sejarah institusi ini sebagai seorang pegawai yang berdedikasi dan berintegriti tinggi.

"Bertemu dan berpisah adalah adat biasa; hilang di mata, tetapi di hati tidak lupa."
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search