LAWATAN USAHAWAN BELIA NIAGA JULAI 2025: UNIC TREND TERUS MELONJAK DALAM INDUSTRI PERCETAKAN

BATU GAJAH, PERAK, 9 JULAI 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Lawatan Usahawan Belia Niaga bagi bulan Julai 2025 ke premis milik Mohamad Fadzran bin Abdul Rahman, seorang usahawan muda yang mengusahakan syarikat Unic Trend Enterprise di No. 11, Laluan BG Transit 2, Taman Batu Gajah Transit, Batu Gajah, Perak.

Mengusahakan perniagaan percetakan pakaian dan cenderahati sejak 11 tahun lalu, beliau komited menyediakan produk berkualiti pada harga berpatutan. Syarikatnya kini membuat pembekalan pelbagai cenderahati dan pencetakan kepada pelanggan persendirian, agensi kerajaan serta NGO.

Unic Trend turut menerima bantuan dana daripada Yayasan Perak dan mesin Heat Press daripada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), yang banyak membantu dalam pengukuhan operasi syarikat.

Mengakui berdepan cabaran persaingan dan kehendak pelanggan yang pelbagai, beliau terus melangkah ke hadapan dengan inovasi dan penambahbaikan berterusan. Unic Trend boleh diikuti di Facebook melalui laman rasmi Unic Trend.

Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search