- APBM Batu Gajah
- Hits: 95
TAKWIM PROGRAM KEUSAHAWANAN OGOS 2025 TERUS PERKASA USAHAWAN BELIA NEGARA
- APBM Batu Gajah
- Hits: 95
TRONOH, PERAK, 10 JULAI 2025 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah di bawah Kementerian Belia dan Sukan terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan usahawan muda menerusi pelaksanaan pelbagai program keusahawanan sepanjang Ogos 2025.
Sebagai usaha berterusan, pelbagai kursus dan latihan praktikal telah dirancang merangkumi bidang berimpak tinggi seperti keusahawanan makanan, pemasaran digital, pembangunan kemahiran teknikal dan inovasi perniagaan. Pendekatan ini bertujuan melahirkan usahawan yang bukan sahaja celik bisnes tetapi juga mampu berdaya saing dalam pasaran moden yang mencabar.
Program yang ditawarkan ini terbuka kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 30 tahun dari seluruh negara yang merupakan platform penting bagi membina asas kukuh dalam keusahawanan, memperluas jaringan industri dan melonjakkan potensi diri sebagai pemimpin ekonomi masa depan.
"Ayuh, rebut peluang keemasan ini, tempat adalah terhad!" Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran, hubungi pegawai penyelaras bagi kursus yang berkaitan.