- APBM Batu Gajah
- Hits: 171
PAMERAN SEMPENA PROGRAM JELAJAH HARI TERBUKA USAHAWAN DAN KOPERASI NEGERI PERAK 2024 SELAMA



SELAMA, PERAK, 26 NOVEMBER 2024 - Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak (SKM) telah menganjurkan program Jelajah Hari Terbuka Usahawan dan Koperasi Negeri Perak 2024 Selama bertempat di Dewan Majlis Daerah Selama Permai 2.
Antara agensi yang menyertai pameran adalah PERKESO, Institut Koperasi Malaysia, PUNB, SSM, Lembaga Tabung Haji, Tekun Nasional, LPPKN, LPHP, FAMA, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Islam, Bank Muamalat, SME Bank, Maybank, CelcomDigi, Unifi Business TM, Halal Perak, PTPTN Perak, SKMM, Lembaga Pertubuhan Peladang, PERNAS, MARDI, KWSP Taiping, Wanita Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Majlis Daerah Selama, STeP, Perak SADC dan SKM.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Salbiah binti Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
TEAM Pameran dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menyertai pameran bagi mempromosikan program serta kemudahan yang ada di APBM Batu Gajah kepada masyarakat setempat. Turut hadir adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 171










