- APBM Batu Gajah
- Hits: 77
PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 5 - "Dari Idea Ke Realiti..! JOM START BUSINESS"
- APBM Batu Gajah
- Hits: 77
TRONOH, PERAK, 15 MEI 2025 – Cawangan Penyelarasan Dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak telah menganjurkan PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN @APBMBG SIRI 5 bertajuk "Dari Idea Ke Realiti..! JOM START BUSINESS".
Program Webinar ini telah berlangsung selama dua jam melalui platform Zoom Meeting dan LIVE Facebook Page Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Mohd Zulhazri bin Azmi (Coach Zul) yang merupakan Business Coach/Master Trainer (eUsahawan & MDEC).
Pihak APBM Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang webinar berlangsung. Program seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berilmu dan seterusnya memperkasakan golongan belia dalam bidang perniagaan.