PERASMIAN PENUTUP KURSUS USAHAWAN DIGITAL (SHOPEE)

KUANTAN, PAHANG, 28 APRIL 2025 - Cawangan Pengembangan dan Inovasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak sekali lagi menganjurkan Kursus Usahawan Digital (Shopee) bermula pada 27 - 29 April 2025 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan pemasaran digital melalui aplikasi Shopee sebagai medium yang digunakan selain mempelajari teknik dan tip serta mengikut perubahan teknologi dan trend perniagaan pada masa kini. Selain itu, memberi bimbingan dan konsultasi dengan menyediakan platform pemasaran bagi golongan belia untuk melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berorintasikan keuntungan dan memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadikan mentor pemasaran digital sebagai pencetus idea dan inspirasi kepada usahawan selaras dengan kemajuan teknologi dan era digitalisasi seterusnya menyemarakkan lagi dunia keusahawanan. Tenaga pengajar bagi Kursus Usahawan Digital (Shopee) adalah En. Mohsin Mokhtar S.Z. atau lebih dikenali sebagai Coach Mohsin merupakan Pencerita, Penulis Buku & Usahawan Digital.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Hadir bersama adalah En. Muhammad Jabral Akmal bin Mat Yahya, Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Terima kasih kepada semua peserta dan semoga ilmu yang diperolehi akan diaplikasikan dalam bidang perniagaan masing-masing.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search