- APBM Batu Gajah
- Hits: 372
SESI PEMERIKSAAN BAJET ROLLING PLAN PERTAMA (RP1) TAHUN 2026, RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS(RMKe-13) BAGI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- APBM Batu Gajah
- Hits: 372
PUTRAJAYA, 29 APRIL 2025 – Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menghadiri Sesi Pemeriksaan Bajet Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2026, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) yang melibatkan Projek Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah seliaan Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Ekonomi yang diadakan pada 28-30 April 2025 bertempat di Bilik Gerakan Aras 15, Menara KBS, Putrajaya.
Intipati perbincangan adalah mengenai semakan permohonan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan asrama serta kemudahan sukan yang ada di APBM Batu Gajah. Semoga dengan penambahbaikan atau naiktaraf fasiliti ini akan memberi keselesaan kepada pengguna dan pengunjung seterusnya memberi impak yang positif mengenai APBM Batu Gajah. Hadir bersama adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
