BENGKEL TATACARA PENGURUSAN ASET TAK ALIH (TPATA)

BAYAN LEPAS, PULAU PINANG, 4 MEI 2025 - Bengkel Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah diadakan bertempat di RAIA Inn Penang bermula 2 - 4 Mei 2025.

Pengisian program adalah berkaitan Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) yang akan diwujudkan bagi pegawai-pegawai di JBSN dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak untuk memahami tatacara dari pelbagai sudut perancangan, pendaftaran, pelaksanaan, pemulihan dan pelaporan bagi setiap aset tidak alih. Taklimat telah sampaikan oleh Sr Nor Rapidah Musthafa dan Sr Kamarul Arif Abdul Wahab merupakan Unit Perundingan Pengurusan Aset Tak Alih, Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir adalah En. Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah, Perak serta Pn. Ernie bt Zulkifli dan En. Norhanizam b. Mohd Mokhatar.

Image
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah
KM 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut
31560 Siputeh Perak
Tel : 05-3657072 | Fax : 05-3656187

apbm_bgajah@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/apbm-batugajah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search