- APBM Batu Gajah
- Hits: 125
PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN UNTUK SEMUA - PERSIDANGAN KECERGASAN EKSEKUTIF BELIA DAN SUKAN 2025
- APBM Batu Gajah
- Hits: 125
CHERAS, KUALA LUMPUR, 6 MEI 2025 - Satu Program Penggalakan Sukan Untuk Semua - Persidangan Kecergasan Eksekutif Belia dan Sukan 2025 telah diadakan bertempat di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras bermula pada 5 hingga 6 Mei 2025.
Antara tujuan pelaksanaan program ini adalah bagi meningkatkan pengetahuan para Pegawai, Penolong Pegawai, Pembantu di bawah Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan (Skim S) dan para penggiat sukan mengenai kepentingan sukan untuk semua di peringkat komuniti di Malaysia. Selain itu, sebagai satu platform untuk mendidik dan perkongsian pengetahuan dalam usaha membudayakan sukan di kalangan masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation). Dengan ini, secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan kerjasama dan menghebahkan mengenai program serta aktiviti sukan yang boleh dilaksanakan di antara Kementerian Belia dan Sukan bersama lain-lain Kementerian serta Agensi di bawahnya. Seterusnya dapat mencapai matlamat dan hasrat Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.
Turut hadir adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak serta Pegawai-Pegawai Bahagian Latihan APBM Batu Gajah.