- APBM Batu Gajah
- Hits: 252
LAWATAN USAHAWAN NIAGA KE PREMIS MENYEDIAKAN PRODUK MAKANAN BARAT DAN KOREA

CHENDERONG BALAI, PERAK, 17 DISEMBER 2024 – Lawatan Usahawan Niaga seterusnya adalah ke Syarikat Apar Enterprise dimiliki En. Muzaffar Shah bin Mohd Japri yang terletak di Lorong Ali, Kg. Redang Punggor 36600 Chenderong Balai, Perak.
Syarikat beliau telah beroperasi sejak setahun yang lalu dengan menyediakan produk berasaskan makanan iaitu makanan ala barat dan korea. Kelebihan produk beliau adalah Western Rahmah dengan harga mampu milik. Untuk mengetahui dengan lanjut lagi, silalah layari laman media sosial beliau seperti Facebook, Twitter, Telegram : Apar Dsawit/Muz Shah.
Turut serta dalam lawatan niaga ini adalah Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 252











