TRONOH, PERAK, 6 OGOS 2024 – Seluruh warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemain badminton negara Lee Zii Jia atas pencapaian yang memberansangkan dengan menghadiahkan pingat gangsa kedua bagi acara badminton di temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Paris menjadi saksi bahawa kesungguhan, semangat ,tidak putus asa, percaya serta yakin pada diri sendiri boleh mengukir kejayaan seterusnya melakar kemenangan. Terima kasih Lee Zii Jia.
TRONOH, PERAK, 5 OGOS 2024 - Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah serta warga APBM Batu Gajah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atas pencapaian yang gemilang memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Terus berjuang sehingga titik peluh terakhir demi mencapai kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
IPOH, PERAK, 3 OGOS 2024 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perak Sidang 2 Penggal ke-34 2023 Peringkat Negeri Perak telah berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Persidangan telah dipengerusikan oleh YB Tuan Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak. Intipati perbincangan adalah berkenaan lesen perniagaan e-sukan, kesediaan infrastruktur teknologi, pertanian bandar, peluang perniagaan, isu pemilikan rumah, kesedaran pencegahan jenayah dan isu kesihatan mental dalam kalangan belia di negeri Perak.
Turut hadir adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN, 2 OGOS 2024 - Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak menganjurkan Kursus Pensijilan Halal, MESTI dan BESS bermula pada 30 Julai - 2 Ogos 2024 bertempat di @ The Academy DRB HICOM Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tenaga pengajar bagi kursus kali ini, adalah Encik Mohd Shahril bin Abd Samad dan Puan Siti Ayisah binti Surif Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, Putrajaya serta Encik Sazly Azizuddin bin Sahaimi, Pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Objektif Kursus Pensijilan Halal, MESTI dan BESS dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada Usahawan Belia mengenai kepentingan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan Halal, meningkatkan pengetahuan dan panduan inisiatif kerajaan dalam merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan Halal, memberi bimbingan dan konsultansi bagaimana mendapatkan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) serta menjadikan Tatacara dan panduan untuk memberikan Pengiktirafan "BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT" (BESS) untuk premis perniagaan.
APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan tenaga pengajar dan para peserta kerana telah menjayakan Kursus Pensijilan Halal, MESTI dan BESS. Anda semua hebat. Selamat maju jaya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.
TRONOH, PERAK, 31 JULAI 2024 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak telah menganjurkan PROGRAM WEBINAR KEUSAHAWANAN@APBMBG SIRI 4 bertajuk Merubah Peluang Menjadi Wang.
Program Webinar ini telah berlangsung selama dua jam melalui platform Zoom Meeting dan LIVE Facebook Page Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program webinar ini adalah Pn Nurliana binti Muhammad merupakan Pengasas Hub Usahawan Belia Pahang, Pengasas Hub Usahawan Digital & Smart Belia Malaysia serta Boards Of Governeors (BOG) UCYP University.
APBM Batu Gajah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan webinar tersebut. Program webinar seperti ini akan diteruskan lagi di masa akan datang demi melahirkan lebih ramai lagi usahawan di kalangan belia yang berilmu dan memberi manfaat kepada bangsa juga negara.
TRONOH, PERAK, 25 JULAI 2024 - Program naziran telah diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah pada 24 Julai 2024.
Program naziran bertujuan bagi memastikan semua Aset Tak Alih Tanah (ATAT) dan Aset Tak Alih Bangunan (ATAB) yang telah diperakaunkan dengan amaun yang betul, dibuktikan kewujudannya dan disokong dengan dokumen sokongan pemilikan yang lengkap.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah itu telah dihadiri oleh 3 orang pegawai daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan APBM Batu Gajah.
TRONOH, PERAK, 24 JULAI 2024 - Unit Sukan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan aktiviti berteraskan penjagaan kesihatan iaitu Briskwalk sekitar APBM Batu Gajah dan seterusnya aktiviti senamrobik bertempat di Dewan Serbaguna APBM Batu Gajah.
Antara yang menjayakan aktiviti Briskwalk dan senamrobik adalah warga kerja APBM Batu Gajah yang terdiri daripada pekerja kebersihan, landskap dan Kakitangan APBM Batu Gajah. Selain membentuk gaya hidup yang sihat dan budaya bersukan di kalangan warga APBM Batu Gajah, aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.
TRONOH, PERAK, 23 JULAI 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim telah berkenan bercemar duli berangkat bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara (Tronoh), Perak.
Hadir bersama adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah, En. Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah serta beberapa orang pegawai daripada APBM Batu Gajah.
TRONOH, PERAK, 22 JULAI 2024 - Cawangan Penyelarasan Dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 3/2023 yang disertai oleh Kakitangan APBM Batu Gajah.
Majlis yang dianjurkan secara berkala ini menjadi platform bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan amanat daripada pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Menyusul selepas itu, adalah majlis maraikan sambutan hari lahir serta penyampaian sijil kepada pekerja terbaik (bulanan) yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang bulan Jun dan Julai.
Majlis ini juga turut diselitkan dengan ceramah yang bertajuk Pengurusan Stres telah disampaikan oleh Pn. Suraya Banu binti Sallehudin, Ketua Penolong Pengarah (Psikologi Kaunseling) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Stres adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan tidak bermaya. Kegagalan menangani stres boleh membawa kesan buruk kepada individu dan masyarakat. Stres boleh membunuh, maka jangan biarkan ia membunuh anda mahupun orang yang anda sayangi.
Turut hadir dalam Perhimpunan Bulanan 3/2023 ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah serta Encik Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.