
TRONOH, PERAK, 6 JUN 2024 - Cawangan Pembangunan Data Dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program Biz Talk Usahawan @IPTA bertajuk "Belia Hari Ini...Usahawan Hari Esok" bertempat di Auditorium APBM Batu Gajah.
Antara yang menyertai Program Biz Talk ini adalah pelajar daripada Kolej Teknologi MIDAS, Kolej Komuniti Sg Siput, Kolej Polytech MARA Ipoh, Kolej Komuniti Batu Gajah, IKBN Jitra, IKBN Seri Iskandar, ILP Ipoh dan Kolej Vokasional Seri Iskandar. Objektif Program Biz Talk ini adalah untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada belia di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam memahami konsep asas keusahawanan dan kelebihan menceburi bidang perniagaan pada masa kini.
Perkongsian program telah disampaikan oleh Coach Shila Hakim (Shahila binti Hakim) merupakan Trainer & Business Coach GROW PKNS serta Encik Faris Mohamad Yusof, Pengasas FY Brothers Badminton Academy (Pengusaha "AbangKapit") juga bekas Pegawai INSKEN dan Jurutera Projek di Transwater Sdn. Bhd. (Oil & Gas).
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 230








