- APBM Batu Gajah
- Hits: 180
SELAMAT DATANG PEMBANTU TADBIR AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BATU GAJAH YANG BAHARU

TRONOH, PERAK, 25 MAC 2024 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mengalu-alukan kedatangan warga kerja yang baharu iaitu Cik Sharifah Salwa Binti Ramzah. Beliau menggantikan Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) yang kini telah bertukar ke Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng.
Cik Sharifah Salwa Binti Ramzah telah berkecimpung dalam perkhidmatan awam selama 14 tahun. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah sebelum ditukarkan ke APBM Batu Gajah Perak. Semoga dengan kehadiran beliau memberikan kesinabungan dan melancarkan urusan pentadbiran di APBM Batu Gajah.
Seluruh warga APBM Batu Gajah mengucapkan selamat bertugas kepada Cik Sharifah Salwa Binti Ramzah dan selamat maju jaya kepada Puan Nur Hidayah Binti Abdullah yang telah banyak menyumbang jasa dan bakti serta keringat sepanjang perkhidmatan beliau di APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 180














