- APBM Batu Gajah
- Hits: 191
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS I-PRODIGY@APBMBG 2023 SIRI 4 - FOTOGRAPHY & VIDEOGRAPHY BY SMARTPHONE SIRI 2

TRONOH, PERAK, 18 OKTOBER 2023 - Cawangan Pengembangan dan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program I-Prodigy@APBMBG Siri 4 2023 pada 16-18 Oktober 2023 yang bertajuk "Fotography & Videography By Smartphone Siri 2" bertempat di APBM Batu Gajah.
Program ini diadakan dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah keusahawanan perniagaan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend perniagaan pada masa kini, memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan keusahawanan digital melalui aplikasi medium digital ini selain mempelajari kaedah pemasaran secara digital secara keseluruhan, memberi bimbingan dan konsultansi melalui aktiviti keusahawanan digital yang merangkumi sokongan dengan menyediakan platform pemasaran untuk belia bagi melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan dan mempraktikkan pemasaran digital mengikut platform sosial media serta disamping meningkatkan hasil jualan dan pendapatan dalam perniagaan. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Fahmy Tazbay yang merupakan Digital Marketing Trainer.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 191









