- APBM Batu Gajah
- Hits: 316
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (APBM) BILANGAN 5/2023
TRONOH, PERAK, 23 NOVEMBER 2023 – Bahagian Pengurusan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 5/2023 yang disertai oleh Kakitangan APBM Batu Gajah. Majlis yang dianjurkan secara berkala ini menjadi platform bagi pengurusan tertinggi untuk menyampaikan perutusan dan amanat-amanat daripada pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Menyusul selepas itu adalah tayangan video bagi program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang Oktober hingga November 2023 dan majlis meraikan sambutan hari lahir serta penyampaian sijil kepada pekerja terbaik (bulanan) yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang bagi bulan Oktober dan November. Turut hadir dalam Perhimpunan Bulanan Bilangan 5/2023 ini adalah Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 316


