
TAIPING, PERAK, 2 MEI 2024 - Destinasi terakhir Cawangan Pengembangan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah pada hari ini adalah ke Syarikat Kak Dzayah Enterprise yang dimiliki Cik Nurul Nadia Binti Ahmad Hisham yang terletak di No 835, Lorong 29, Taman Berkat, 34700 Simpang, Perak.
Beliau telah mengusahakan perniagaan berasaskan makanan sejuk beku dan katering kuih sejak 4 tahun yang lalu. Kelebihan produk yang ditawarkan adalah mutu kuih berkualiti dan sedap dengan harga yang berpatutan. Dalam perbualan ringkas, beliau ingin penambahbaikkan dalam produk seperti sticker dan pembungkusan yang lebih baik. Pasaran produk beliau adalah secara atas talian seperti Facebook dan TikTok. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perniagaan ini, bolehlah lawati Facebook dan TikTok beliau : @kakdfrozen.
Turut serta dalam lawatan usahawan niaga adalah Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 198








