- APBM Batu Gajah
- Hits: 213
PAMERAN INTERAKTIF SEMPENA KEMBARA JUMPA ORANG MUDA (KEMBARA JOM) PERINGKAT NEGERI PERAK


MERU, IPOH, PERAK, 21 JULAI 2024 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak serta Pejabat Pertubuhan Belia (ROY) telah mengadakan Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Perak.
Pengisian program adalah Malaysia Cergas Jalan Untuk Sihat (JUST), Sukan Belia, Sesi Perkongsian Bersama Bank Negara Malaysia, Jom Masuk Persatuan (Majlis Belia Negeri Perak), Bicara Akta 668 (Pindaan 2019) dan Representasi Pindaan Perlembagaan (ROY) serta Rakan Musik Buskers. Hadir bersama adalah YB. Adam Adli bin Abdul Halim Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia selaku jemputan utama bagi sesi townhall bersama anak muda Perak serta YB Khairudin Abu Hanipah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Team Pameran Dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah membuka booth pameran dan menyediakan khidmat perkongsian maklumat mengenai fungsi dan peranan APBM Batu Gajah dalam pembangunan belia khususnya dalam bidang keusahawanan serta program APBM Batu Gajah sepanjang 2024.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 213







