- APBM Batu Gajah
- Hits: 200
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN (STEP TO SUCCESS) ZON BORNEO 2024

PUTATAN, KOTA KINABALU, SABAH, 20 MEI 2024 - Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Rancangan Perniagaan (Step To Success) Zon Borneo 2024 bermula pada 17-20 Mei 2024 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Program ini diadakan dengan objektif untuk membantu para belia dalam Penyediaan Kertas Kerja / Kertas Rancangan Perniagaan dan meningkatkan pengetahuan perniagaan termasuk aspek Pentadbiran, Pemasaran, Operasi dan Kewangan. Selain itu, memberi khidmat konsultasi perniagaan kepada para usahawan, memberi kefahaman mengenai peluang-peluang perniagaan serta kemungkinannya. Perkongsian program telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Pn. Siti Hajar binti Aladdin, Ketua Pembiayaan daripada Rural Capital Berhad manakala Success Story telah disampaikan oleh En. Hanz Chong Jin Han Pegawai Perhubungan Awam Koperasi Kemajuan Perikanan Nalayan Sabah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Selamat maju jaya kepada semua peserta kursus dan jumpa lagi.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 200






