- APBM Batu Gajah
- Hits: 203
SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK BAGI TENDER PERKHIDMATAN MEMBERSIH, MENYELENGGARA DAN MENCUCI SELURUH KAWASAN LUAR DAN DALAM BANGUNAN TERMASUK KERJA-KERJA LANDSKAP DAN TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (TANPA SENJATA API)


TRONOH, PERAK, 5 APRIL 2024 – Sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Tender Perkhidmatan Membersih, Menyelenggara dan Mencuci Seluruh Kawasan Luar dan Dalam Bangunan termasuk Kerja-Kerja Landskap di APBMBG telah diadakan pada sebelah pagi.
Manakala petang pula adalah sesi taklimat dan lawatan tapak bagi tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) di APBMBG bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.
Kakitangan APBM Batu Gajah juga turut melibatkan diri dalam urusan pendaftaran pelawat, mengiringi lawatan dan sebagainya.
Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah telah memberi ucapan aluan. Manakala Taklimat Tender Keselamatan Dan Pembersihan telah disampaikan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 203










