- APBM Batu Gajah
- Hits: 211
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN (STEP TO SUCCESS) ZON UTARA DAN ZON TENGAH 2024


SUNGAI PETANI, KEDAH, 10 MAC 2024 - Cawangan Pembangunan Latihan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Rancangan Perniagaan (Step To Success) Zon Utara Dan Zon Tengah 2024 bermula pada 7 hingga 10 Mac 2024 berlangsung di Institut Pengurusan Peladang Sungai Petani (IPPSP), Kedah.
Program yang diadakan ini dengan objektif untuk membantu para belia dalam Penyediaan Kertas Kerja / Kertas Rancangan Perniagaan dan meningkatkan pengetahuan perniagaan termasuk aspek Pentadbiran, Pemasaran, Operasi dan Kewangan. Selain itu, memberi khidmat konsultasi perniagaan kepada para usahawan, dan memberi kefahaman mengenai peluang-peluang perniagaan serta kemungkinannya. Perkongsian program telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Pn. Siti Hajar Binti Aladin, Ketua Pembiayaan daripada Rural Capital Berhad.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah, Perak. Selamat maju jaya kepada semua peserta kursus. Jumpa lagi.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 211












