

TRONOH, PERAK, 28 FEBUARI 2024 - Cawangan Pengembangan dan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Kursus Usahawan Digital – TikTok bertempat di APBM Batu Gajah.
Program ini diadakan dengan objektif memberi pendedahan dan kefahaman kepada usahawan belia mengenai kepentingan keusahawanan digital melalui aplikasi TikTok sebagai medium yang digunakan selain mempelajari kaedah pemasaran secara digital keseluruhan, meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah perniagaan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend perniagaan pada masa kini, memberi bimbingan dan konsultansi melalui aktiviti perniagaan digital yang merangkumi sokongan dengan menyediakan platform pemasaran untuk belia bagi melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan yang berorientasikan keuntungan dengan matlamat akhirnya memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya serta menjadikan mentor pemasaran digital sebagai pencetus idea dan inspirasi kepada usahawan belia selaras dengan kemajuan teknologi dan era digitalisasi bagi menyemarakkan dunia keusahawanan secara global. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Coach Ejul Lufti dan Coach Qadir serta Coach Akmal daripada Goldmind Evolution Sdn. Bhd.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn Suhaini Binti Samsudin, Ketua Cawangan Pengembangan dan Inovasi APBM Batu Gajah. APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 258








