- APBM Batu Gajah
- Hits: 206
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM ST@Y 2023 - KURSUS PERSIJILAN MESTI DAN BESS


ALOR GAJAH, MELAKA, 18 JUN 2023 - Cawangan Penyelarasan dan Strategik, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak menganjurkan Program ST@Y 2023 @APBMBG - Kursus Persijilan MESTI DAN BESS bermula pada 16-18 Ogos 2023 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka.
Tenaga pengajar bagi Program ST@Y 2023 @APBMBG - Kursus Persijilan MESTI DAN BESS adalah Encik Sazly Azizuddin bin Sahaimi, Pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Objektif Program ST@Y 2023 @APBMBG - Kursus Persijilan MESTI DAN BESS dapat memberikan Impak Persijilan Halal Kepada Usahawan serta Falsafah, Konsep dan Teknik Pengurusan Patuh Syariah. Selain itu, pengenalan kepada Dokumen dan Sistem MyEhalal serta Konsep Pengauditan Jaminan Halal.
APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan tenaga pengajar dan para peserta kerana telah menjayakan Program ST@Y 2023 @APBMBG - Kursus Persijilan MESTI DAN BESS. Anda semua hebat. Selamat maju jaya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah dan turut hadir bersama, Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Melaka.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 206










