

TRONOH, PERAK, 12 JUN 2023 - Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program Step To Success@APBMBG 2023 - Kursus Pengurusan Kewangan pada 9 hingga 12 Jun 2023 bertempat di APBM Batu Gajah.
Program ini diadakan dengan objektif untuk memberi maklumat serta kesedaran mengenai cabaran serta peluang dalam bidang perniagaan secara menyeluruh terutama dalam kepentingan pengurusan kewangan yang baik serta berhemah, memberi pengetahuan dan pemahaman kepada peserta berkenaan Asas Pengurusan Kewangan Perniagaan serta memberi kefahaman kepada peserta berkenaan tatacara pengurusan dokumen dan merekodkan semua transaksi perniagaan secara tepat dan sistematik selain memberi pengetahuan mengenai kos-kos yang perlu diambil kira di dalam pelaksanaan sesuatu projek sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, mengetahui dan memahami kepentingan Penyata Aliran Tunai (PAT), kemasukan dan pengeluaran transaksi tunai dalam perniagaan.
Perkongsian program telah disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu En. Wan Muhammad bin Wan Mohd Isa, Penolong Pengarah, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah. Selamat maju jaya kepada semua peserta kursus.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 219












