- APBM Batu Gajah
- Hits: 174
SURPRISE DELIVERY BOUQUET

TRONOH, PERAK, 13 MEI 2023 - Cawangan Pembangunan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program I-Skill@APBMBG Siri 1 2023 bertajuk SURPRISE DELIVERY BOUQUET bertempat di APBM Batu Gajah.
Modul yang dilaksanakan adalah "CHOCOLATE BOUQUET dan CHOCOLATE BOX WITH BALLOON" telah disampaikan oleh Pn. Azila Binti Md. Ali (Mentor Usahawan & Delivery Order) dan dibantu Pn. Ruslina Binti Jusoh. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan taklimat dan penyerahan sijil (E-Myind).
APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada peserta dan tenaga pengajar kerana sudi meluangkan masa menjayakan program ini. Semoga segala perkongsian ilmu dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran diri serta menjana pendapatan sampingan. Semua peserta hebat dan berbakat. Selamat maju jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 174








