SHAH ALAM, SELANGOR – En. Mohd Hafzan bin Sardi, pengusaha songkok premium di Syarikat Malaya Revolution Sdn. Bhd. yang beroperasi di G-05 Blok 1, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor merupakan bekas peserta “Program Step to Success” myPRENEUR@APBMBG Siri 3/2022, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah (APBMBG), Perak.
Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 5 tahun dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Kambodia serta Australia. Kelebihan dan keistimewaan songkok ini berbanding dengan songkok-songkok lain adalah ianya tahan lasak sehingga boleh dibasuh. Beliau juga merupakan Naib Johan Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) Tahun 2022 Kategori Sektor Swasta.
“Bina hubungan dengan semua orang. Usah jadi orang bisnes yang sukar didekati. Orang yang berasa senang dengan kita akan senang berurusan dengan kita. Satu senyuman, satu saham kita naik”.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk Songkok Premium, bolehlah singgah di laman media sosial seperti Facebook: https://www.facebook.com/songkok.malaya.official dan Instagram: https://www.instagram.com/songkok.malaya.official/

- APBM Batu Gajah
- Hits: 191