- APBM Batu Gajah
- Hits: 244
PROGRAM WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 20 ASAS KEMAHIRAN DIGITAL - PHOTOSHOP
TRONOH, PERAK, 24 OGOS 2022 – Cawangan Pengembangan Inovasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah sekali lagi menganjurkan PROGRAM WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 20 yang bertajuk ASAS KEMAHIRAN DIGITAL – PHOTOSHOP. Webinar telah berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting dan Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Seramai 136 orang peserta mengambil bahagian dalam webinar kali ni. Speaker jemputan yang menjayakan program webinar adalah Encik Muhammad Aidid B. Abdul Razak, merupakan Jurugambar Profesional dan Rekabentuk Grafik. Sekalung terima kasih kepada penceramah dan juga peserta-peserta yang setia mengikuti dari awal hingga tamat program webinar. Objektif pelaksanaan program webinar ini adalah untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dan menyerlah dengan menggunakan Adobe Software Photoshop. Semoga bermanfaat dan maju jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 244
