TRONOH, PERAK, 17 JUN 2022 – Majlis Anugerah Perkhidamatan Cemerlang (APC) Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Tahun 2021 telah diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, Selangor dan disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan kepada KBS. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan kakitangan berkenaan sebagai contoh kepada warga kerja yang lain untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi dengan agar lebih cemerlang dan produktif pada masa hadapan.
Dua pegawai dari Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah menyertai majlis secara virtual atau dalam talian. Penerima bagi APC Tahun 2021 adalah Encik Azlan Bin Hussain (Timbalan Pengarah) dan Puan Norhayati Binti Kamaruddin (Pembantu Tadbir Kewangan).
Seluruh warga APBM mengucapkan tahniah kepada penerima APC Tahun 2021 dan diharap akan lebih bermotivasi, berdaya maju, berintergriti, cekap dan kecemerlangan yang berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam dan juga negara. Ia bersesuaian dengan tema Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 pada kali ini “Mewarnai Kejayaan Bersama”.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 293
