- APBM Batu Gajah
- Hits: 299
WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 16 – HAK PEKERJA VS HAK MAJIKAN DALAM PERNIAGAAN
TRONOH, PERAK, 28 JULAI 2022 - Cawangan Pembangunan Latihan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) telah menganjurkan program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 16 yang bertajuk "HAK PEKERJA VS HAK MAJIKAN DALAM PERNIAGAAN". Program yang berlangsung di aplikasi Zoom Meeting dan Live Facebook telah berjaya menarik 113 orang peserta. Penceramah jemputan kali ini adalah Encik TS. Ahmad Al-Bakri bin Ahmad Bistari merupakan Pemeriksa Kilang dan Jentera JKKP Perak.
Pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada penceramah yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan juga kepada peserta webinar yang sanggup meluangkan masa sehingga program berakhir. Semoga ilmu yang diperolehi hari ini akan memberi manfaat kepada pihak pekerja dan juga majikan di dalam lapangan pekerjaan.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 299
