- APBM Batu Gajah
- Hits: 329
PROGRAM WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 9 ONLINE BUSINESS DENGAN LAZADA
TRONOH, PERAK, 23 MEI 2022 - Satu Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG
SIRI 9 bertajuk ONLINE BUSINESS DENGAN LAZADA telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
Program ini telah berlangsung melalui platform ZOOM MEETING. Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, telah menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia melalui pautan yang disediakan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564809695255943&id=100068877855502.
Penceramah bagi program ini adalah Sakinah bt Mohamad Saad yang merupakan seorang E-COMMERCE ENABLER. Seramai 123 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini.
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu dan memahami dengan lebih mendalam bagaimana caranya untuk memulakan perniagaan di Lazada. Ini bertepatan dengan slogan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
Please, Follow, Like & Share
- APBM Batu Gajah
- Hits: 329
