
TRONOH, PERAK, 03 OKTOBER 2019 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia melalui Cawangan Pengembangan & Penyelidikan telah menganjurkan Kursus Penyenggaraan dan Pembaikan Telefon Pintar yang di adakan pada 25 hingga 27 Oktober 2019 bertempat disini.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh 30 orang peserta yang dilihat bersungguh-sungguh dalam mempelajari pembaikan telefon pintar yang diajar secara teori dan amali. Sambutan yang hangat juga dapat dirasai melalui permohonan yang tinggi untuk mengikuti kursus ini.
Majlis Perasmian Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Laila Nazura Binti Nawi, Pengarah APBM Batu Gajah. Turut serta Encik Ahmad Kamaruizaman Bin Jamaluddin, Ketua Cawangan Pengembangan & Penyelidikan APBM Batu Gajah, Perak.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 591








