LENGGONG, PERAK, 22 SEPTEMBER 2022- Cawangan Penyelarasan dan Strategik Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan program keusahawanan Youth Agrotech - Prospek Serai Organik dan Nenas MD 2 Peringkat Kebangsaan pada 19 - 22 September 2022 bertempat di Resort Tasik Raban dan Kg.Gelok,Lenggong Perak. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Vijayan Kumar A/L Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah serta Encik Azlan bin Hussain, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah. Turut hadir bersama, Encik Bukhari bin Muhamad, Pen.Peg.Tadbir Kanan Cawangan Pembangunan Ekonomi Belia,Jabatan Belia dan Sukan Negara. Objektif program ini memfokuskan kepada amalan pertanian baik atau Good Agricultural Practises (GAP), falsafah, konsep dan teknik pengurusan projek, faedah pengiraan kos untung rugi sesuatu projek serta kepentingan kawalan penyakit tanaman dan haiwan perosak. Pihak Urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah daripada MAFI, Agrobank dan seluruh Komuniti Kg.Gelok,Lenggong ,Perak dalam menjayakan kursus pada kali ini. Selamat maju jaya di ucapkan kepada semua peserta yang terlibat.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 302
