

TRONOH, PERAK, 27 MEI 2023 - Cawangan Pembangunan Data dan Promosi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan Program I-Skill@APBMBG Siri 3 2023 bertajuk TEKNIK ASAS GUNTING RAMBUT (LELAKI) “ZERO TO BARBER” bertempat di APBM Batu Gajah.
Taklimat mengenai program ini telah disampaikan oleh Pn Ernie binti Zulkifli. Tenaga pengajar adalah Fasilitator dari Team Marhaen Barbershop, Kulim Kedah antaranya Muhamad Safuan Bin Anuar, Muhammad Faris Bin Zalmi, Muhammad, Danish Bin Anuar, Muhammad Adib Bin Mohamad Nor, Muhammad Luqman Haikal Bin Nadzri Baba dan Mohd Khairul Redzuan Bin Abu Hasan. Modul pada hari ini adalah jenis-jenis peralatan dan cara penggunaan, amali teknik asas gunting rambut lelaki (gunting & mesin) serta demo pemotongan rambut lelaki.
APBM Batu Gajah mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan tenaga pengajar kerana meluangkan masa menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu ini sedikit sebanyak dapat membantu peserta meningkatkan kefahaman dan kemahiran serta menyerlahkan bakat dalam bidang berkaitan. Selamat maju jaya.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 213















