

TANJUNG RAMBUTAN, PERAK, 27 JULAI 2023 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dijemput untuk mengadakan Pameran Sempena Program Pendidikan Kerjaya yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tanjung Rambutan bagi peringkat sekolah tahun 2023.
Tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan maklumat terkini secara terus kepada warga sekolah berkaitan hala tuju kerjaya dan peluang pendidikan. Ia juga memberi pendedahan berkenaan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan seperti Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah dan sebagainya.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Tines Kumar a/l M Lingam, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 220













