
TRONOH, PERAK, 14 SEPTEMBER 2023 – Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah menganjurkan program Webinar Youth Future Awareness@APBMBG 2023 Siri 8 yang bertajuk BIZZ START @SSM.
Program ini telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live (Facebook Page) Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan. Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan belia mengenai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bahawa pentingnya mendaftarkan sesuatu perniagaan jika ingin memohon sebarang bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan. Sesi Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Encik Senthil Arumugam, Eksekutif Unit Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
APBM Batu Gajah mengucapkan terima kasih kepada penceramah juga kepada peserta yang telah memberikan sepenuh perhatian dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga dengan perkongsian ilmu yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat di luar sana. Anda semua hebat dan terbaik.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 220












