
IPOH, PERAK, 30 Mac 2023 - Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah Perak, Encik Vijayan Kumar a/l Nadarajan telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Pejabat SSM Negeri Perak.
Kunjung hormat ke Jabatan Akauntan Negara Negeri Perak bertujuan membincangkan perihal kewangan dan memperkemaskan tatacara kewangan di peringkat jabatan serta menjalinkan hubungan kerjasama yang baik antara jabatan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah AG Negeri Perak iaitu Puan Noorakmar binti Hussin dan turut dihadiri 2 orang pegawai pengurusan tertinggi jabatan tersebut.
Manakala kunjungan hormat ke Pejabat SSM Negeri Perak telah disambut mesra oleh Pengarah SSM Negeri Perak iaitu Encik Mohd Arif bin Hamzah bersama pegawai tertinggi beliau telah membincangkan berkaitan program keusahawanan dan perniagaan belia dalam konteks menjalankan dan menjayakan aktiviti perniagaan untuk Pembangunan Belia di Negeri Perak. Turut dibincangkan adalah berkaitan kerjasama antara dua pihak dalam perancangan pelaksanaan program dan hubungan strategik yang lebih berkesan.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah, Encik Azlan bin Hussain.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 206

