- APBM Batu Gajah
- Hits: 168
PROGRAM SERI RAMADAN 2024


TRONOH, PERAK, 1 APRIL 2024 – Kelab Keluarga dan Rekreasi Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Program Seri Ramadan iaitu memasak Bubur Lambuk di perkarangan garaj kenderaan APBM Batu Gajah.
Program bermula seawal jam 8.30 pagi ini dengan aktiviti ‘rewang’ melibatkan penyertaan kakitangan APBM Batu Gajah dan pekerja pembersihan. Kemudian aktiviti mengacau bubur lambuk diteruskan serta disusuli dengan pengagihan bubur lambuk untuk warga kerja APBM Batu Gajah serta Agensi-Agensi kerajaan yang berhampiran seperti Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara serta Institut kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
Program ini adalah salah satu daripada pengisian Bulan Ramadan. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk kerjasama yang erat serta semangat bermuafakat. Selain meraikan kesyukuran, ia juga menerapkan nilai suka memberi dan penghayatan puasa, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Seri Ramadan 2024.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 168












